Wednesday, 26 October 2011

bride to be

http://ilhamnajahweddingevents.yolasite.com/

usha2 dulu.INSYAALLAH,semoga segalanya tercapai dan kekal hingga akhir hayat.


benarlah bagai di kata..aku hidup apa adanya aku hari ini.aku bukan hidup dengan masa silamku.salahkah orang seperti aku?salahkah bila aku mahu meneruskan kehidupan yang baru?membuka lembaran baru dalam hidup?tidak layakkah aku di beri peluang?walau peluang terakhir.kenapa kata2 "sedar diri" harus dilemparkan kepada aku?sampahkah aku?keji kah aku?

katamu cinta.tapi cinta apakah ini jika kau sendiri tidak mampu melindungi aku?kasih apakah ini jika kau sendiri yang jatuhkan aku?nasihat apakah ini bila berbaur penghinaan?

fahamkah kau bila wanita itu ingin DI CINTAI?maksudnya aku hanya mahukan KAU.

wanita ini hanya mahu DIMENGERTI.
wanita ini hanya mahu DILINDUNGI.

coba kau luangkan masa sejenak untuk memahami hati wanita.seperti mana kau mahukan aku untuk memahami rentak hidupmu begitulah aku inginkan kau fahami isi hati ku..

INSYAALLAH

INSYAALLAH..saya tak kan susahkan sesiapa lagi.walau sesusah dan segetir mane pun saya akan berusaha untuk lakukan yang terbaik.

Saturday, 20 August 2011

raya datang lagi

Hmmmm..hari ni tiba2 rajin nak mengupdate blog..bukan apa sebenarnya sangat teruja dan bersemangat untuk pulang beraya..semuanya da melambai2.hehe.hanya sempat 1hari jek berbuka bersama family tercinta,2pun hari last ramadhan..kt kl ni xrasa sangat pun kemeriahan berpuasa,sebab saya sorang2 saja.makan pun ala kadar sahur lagi la tak.

raya da nak dekat tapi persiapan belum ada lagi,hanya 2pasang baju kurung hand made by my mom saja..tapi dalam diam saya dah order abaya from DOHA,QATAR...2pun enche hubby da bising sebab beratus2..haha.biasa la perempuan.semalam ke JLN TAR wth my sis looking for tudung...tapi dapat 2 helai jek 2pun satu utk dia dan satu utk my mom..pergerakan agak terbatas semalam org xpayah cakap la mmg ramai dengan hujan lagi.dekat kul 2 pagi baru sampai umah,balik2 terus siapkan diri dengan apa yang patut then terus tido dan xsedar apa2 lagi....my sis kejut bangun sahur pun mamai jek xtahu apa..penat der...semalam outing wth my sis and his bf jek,enche hubby xikut pun..asek keje dan keje saja,tapi mujurlah diberi kebebesan utk bergerak sendiri..yang penting duit poket dia da sediakan..miahahaha!!!kalau ajak dia sekali pun wat penat jek,bukan boleh buat teman pun,6t asek bising la mulut membebel,penat la kononnya..teringin jugak nak pegi DANAU KOTA..sure lagi banyak choice kan...saya mahu mencari sesuatu yang agak menarik dan glamour hahaha...mmg giler glamour..bukan apa raya kan setahun sekali jek..b4 balik kb on 29 hb 2 kena la siap2 apa yang patut..lagipun masa agak terbatas,28 hb baru dapat cuti..penat xsah nak cakap la...memang penat giler2!!....

bahang hari raya semakin panas membahang dalam diri saya..perasaan teruja 2 xpayah nak cakap la...hari2 tengok calendar..hari2 jugak la bila sampai jek ofis terus dengar lagu raya..hahahaha!!!

dalam kesibukan menyambut raya yang akan tiba ni,enche hubby lagi sibuk...selalu jek keje ovr nite shift...redha jlh sape suh jadi chef!!...but yang bestnya dia da janji mao shopping on 28...harap2 xgado lagi...we oll xsependapat bila pasal beli barang ni..bila dia xsuka apa yang saya suka selalu jek kena kutuk kow2!!....yang pastinya saya musty dapatkan jeans from jeep dan baju2 itu...sapa suh berjanji so kena la tunaikan ek?hehehehe...

tapi tetap sedey jugek neh....saya balik sorang2 jek..my sis on 24th da blk kb...enche hubby plak mlm raya ke 3 baru balik...so on 29th saya berjourney sorg2...raya tetap meriah ker?semua yang di sayang da di jemput pergi oleh-NYA....hmmmmmm....this year our second raya together..but on first raya saya sorang2 la..enche hubby still keje..dia plak yang emo lebey..manja betul la..

eerrmmmmm..continue next time la plak....letih dan sangat mengantuk da ni....^_*

Friday, 19 August 2011

~~amazing thailand~~

miahahaha~~amazing thailand!!tiba2 teruja dan terlonjak2 lagi mao ke thailand..rasanya tahun 2011 ni belum sampai lagi kesana..kalau yang lepas2 memang best sangat..bila cakap pasal thailand ramai la yang salah faham..y?yelah selalu syak yang bukan2 jek kan..dorang ingat bila pegi sana 2 musty dk terlonjak2 dan terkinja2 kt club...sory okey..saya bukan kaki clubbing..percaya atau x pergi sana hanya untuk shopping dan makan2..

apa kena neh..tiba2 jek dengar lagu siam sambil kaki tergedik2..owhh memang gedik pown..kalau dulu pergi sana for sure akan pekena mee chambo..ala mee yang ada meat ball 2..xpun megi rasanya memang best..mabelesss~~kalau pagi memang femes ngan nasi berlauk..iaitu sejenis nasi putih yang di makan bersama ikan gulai atau ayam..jangan terkejut kalau dorang kt sana bekpes ngan satay.huhuhuhu..gerai ni mmg cukup femes pagi2 sure penuh sampai ke luar,sumtime 2 kena beratur dulu sebeb xcukup meja.bila da kul 10 pagi waktu sana memang da licin da..

kalau cakap pasal makan memang xpernah habis..habis jugak semua pekan saya jelajah..rutin wajib bila kesana pekena tea rebus bunga cengkih ngan roti pisang...perghhh!!jilat jari derr.xsah cakap la.coz memang sedap.kalau cerita pasal makanan ni memang xhabis..tryla pegi kalau nak tahu..cuba sekali pasti nak lagi..

kalau bab shopping plak,memang syurga shopping kot,walaupun xsehebat kota paris~~tapi semua memang menyilaukan mata.tengok 2 nak tengok ni nak..jangan ingat walaupun barang kt sana murah ianya tade kualiti..dan jangan terkejut jugak..kt sana pun ada butik jaspal..harga pun boleh tahan..lv kat sana pun boleh tahan..bukan yang local ok??tapi yang primium gredd AA..hahaha.special thnx to ummi jugak coz belikan saya lv blouse..xmahal pun 1000 jek(eeeeeiiii..kerek plak,bukan 1000RM la)kalau RM kite lebey kurang 100 rm jek,xmahal kan?2pun time sale kat sana.kalau gegurl pergi sana sure mata meliar jek like me...xtahu nk tengok yang mane dulu.walaupun da banyak kali ke sana tapi still cam orang jakun jek..pernah satu kali 2 masuk butik tiong nam...wowwww...berkilau2 dari barang kemas sampai la ke hand bag..pure leather k...ribu riban jugak la..da agak ummi sure shopping giler2..dan saya juga mencari apa2 yang berkenan..huhuhuhu..

ingin kesana lagi bersama bff saya cik sarah..tapi xtahu la macam mane..tapi enche hubby pun pernah cakap nak kesana..hmmm..bagus2..xpayah saya memujuk itu dan ini..aktiviti dia macam la saya xtahu,nak bergedik2 kat sana la 2..suda lama tidak kesana rasanya suda banyak yang berubah kot..

dolu2 time single mingle selalu kesana with ummi..sekarang xboleh lagi..melangkah sikit enche hubby da warning.."LU JANGAN MACAM2 SAMA GUA"!!hahaha..

mao planning best2 sama my bff..harus dan harus pergi kesana..we oll da lama da nk bershopping sakan cam dulu..

to be continue la about amazing thailand neh...INSYAALLAH...

Sunday, 14 August 2011

House of NORA. J: MY RAYA HAMPERS

House of NORA. J: MY RAYA HAMPERS: "Dial 03 - 7875 5449 untuk tempahan sekarang! UMAIRAH (2 in 1 - Pineapple Tart & Biskut Arab) RM40.00 Size 18cm x 12cm ____________..."

House of NORA. J: MY RAYA COOKIES!

House of NORA. J: MY RAYA COOKIES!: "READY TO ORDER NOW! CALL US AT 03 - 7875 5449 (MON - FRI from 09:30am - 5pm) or Email secukuprasanora@gmail.com _____________________..."

House of NORA. J: CEK MEK MOLEK

House of NORA. J: CEK MEK MOLEK: "Apabila buat, baru tahu kenapa dinamakan 'cek mek molek'... ANDA PERLUKAN 300g, ubi keledek - dibersihkan, direbus hingga masak dan di..."

Friday, 12 August 2011

hanya Tuhan Yg Maha Mengetahui

biarlah DIA saja yang membalas segala nya...semoga Tuhan memakbulkan doa orang yang teraniaya seperti kami..kerna hanya DIA yang mengetahuai apa yang tersirat di hati kami...

Wednesday, 3 August 2011

Ketahuilah bahawa…


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak serupa dengan kita, supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.


Memang
ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sama fikirannya dengan kita, supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


Memang
ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak memahami keadaan diri kita, supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sempurna, supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.


Memang
ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang sangat lain perangainya dengan kita, supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


Memang
ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak komplen itu dan ini, supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.


Memang
ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak penyayang, supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak sombong dan bangga diri,supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.


Hari esok pun kita sendiri tak pasti samaada ia menjadi milik kita.


Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA,dan meninggalkan laranganNYA.


PERCAYALAH sesungguhnya
ALLAH ‘malu’ untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.


Sabarlah sahabatku. Ceriakan hatimu. Kerana
ALLAH itu sentiasa ada bersamamu selagimana kamu taat akanNYA.



Saturday, 2 July 2011

a message about him:)

1. What's his full name?
- MUHAMMAD KHAIRUL HAKIMIN

2. Does he have a gf?
- HAHAHAHA..I WISH TAK...IM THE ONE..

3. Do you know a secret about HIM?
- hahahahha YEAHHHHHHHHHHHHHH

5. Has he ever cooked for you?
- He knows n i wanna taste it :P

6. Is this person older than you?
- no..nop..he’s younger than me..about 2 years:D

8. When was the last time you thought of this person?
- ryte now man.

9. Are you related to this person?
- oyeaaa. FRIENDS. hahahahha

11. Do you have a nickname for each other?
- i call him SYUNK..n he call me SHAYUNK :))

13. How many times do you talk to this
person in a week?
- omg. uhm. 24 jam.

14.Do you think he will repost this?
- if he ever HAVE a BLOGGER:)

15. Could you live with this person?
- we'll argue a lot bt YEAH..I WILL :))

16. Why is this person your number one?
-becoZ I like HIM..! haha!!kaTANYA CINTA MATI!!

17. Have you seen this person cry?
- YUP..I’ve seen he cried.

18. How long have you known this person?
- urm..About 10 MONTH++..ngeee~~

19. Have you ever been to the mall with this person?
- aha!!yup...selalu maaa...

20. Have you ever had a sleepover with him?
- nt la lau de JODOH…haha!

21.If you ever moved away would you
miss this person?
- man yea :P he's annoying bt MACHO..haha..

22. Have you ever given this person
something?
- yeah!'sumting special’..secreto..:)

23. Have you ever done something really stupid or illegal with this person?
- illegal huh? nop.

24. Do you know everything about this
person?
- haha..more n more bout him!!..

28. Have you fought before?
- a lot…

29. Have you and this person got into a fight?
- yeap

30. Does this person have a scar?
- yeap

31. Is he on drugs?
- nop laa..

32. Do you know this person's shoe size?
- erm mybe,,he has a big foot..7,8,9…

33. Have you ever worn this person's clothes?
- i wud…

34. Have you and this person made up a hand shake?
- uhh YEAHHHH....

36. Has this person ever seen you dance?
- haha ACTly Nop

37. Have you ever heard this person sing?
- yep. he's good :Phaha...tadelah...very2 sumbang...

39. Do you know this persons fb password?
- YUP!!i used hiS FB LORRRR!!

41. Have you and this person ever gotten into a fight that lasted more than 2 days?
- actly yup…

42. Does this person cry a lot?
- only 4 me. Haha..

44. Have you and this person went clubbing?
- nop..its crazy..

45. Do you know how to make this person feel happy?
- Yup…I know.:)

46. Do you and this person talk a lot?
- yea
47. Are you happy with this person?
- always…SGT hEpi...

48. Has this person yelled at you?
- he'll suffer the consequences.

49. Do you love this person?
- yeahhhhhhhhh X)

50. Do you want to be with him forever?
- insyaAllah :)


sepi itu mungkin indah

kesepian mengamit lagi
namun aku tekadkan hati
walau hatiku menangis
aku sentiasa tersenyum pada semua
tapi pada realiti hatiku luka
dengan hirisan janji dan kata-kata
dengan salam persahabatan dulu
yang sehingga kini masih lagi terngiang-ngiang di telingaku..
patutkah aku pula yang mengasingkan diri??
pada mereka yang kini mula tidak mengerti
pada mereka yang tidak mengetahui
pada mereka yang tiada di sisi
pada mereka yang pentingkan duniawi
dari insan yang hatinya semakin MATI...
PATUTKAH AKU??
jawapannya yang belum pasti
KERNA AKU MAKIN SENDIRI


(disember 28 2009)




ya Allah,
sahabatku,"buah hatiku"..
mesra kami penawar duka,
rindu kami penambah cinta,
rajuk kami membuat ceria,

ya Allah,

silaturrahim kami,ukhuwah fillah,
bermusuh kami,nauzubillah,
berpisah mati insyaAllah,
pengubat hati doa rabtah,
ya Allah,rahmati kami meniti usia,
terpisah kami di alam nyata,
temukan semula di taman syurga..
aminn...

(januari 13 2010)

about you and me


a little glimpse about friendship...
one day,u feel like crying..call me,
i dnt promise that i'll make u laugh..
but i can cry with u..

if one day u want to run away..u dont affraid to call me,
i dont promise to ask you to stop..,
but i can run with you...

if one day u dont want to listen everyone..call me,.
i promise to be there for you,but also promise to remain quiet...

but.........

one day if u call......and there no answer....
come fast to see me....

PERHAPS......I NEED YOU!!!!!!

(januari 13 2010)

salam dunia salam terindah....


Kepadamu kukirimkan salam terindah,
salam sejahtera para penghuni syurga,
salam yang harumnya melebihi kesturi,
sejuknya melebihi embun pagi,
salam hangat sehangat sinar mentari waktu dhuha,
salam suci sesuci air telaga Kautsar
yang jika direguk akan menghilangkan dahaga selama-lamanya,
salam penghormatan, kasih dan cinta
yang tiada pernah pudar dan berubah dalam segala musim dan peristiwa...


(mac 6 2010)                    

aku kau dan dia....



aku akan tinggalkan dunia ni,
dan semua cinta yang menunggu aku...
walaupun tangan yang kau pegang tu
tak mungkin akan jadi tangan aku,
aku lebih suka tengok kau senyum
daripada kau menangis kerana mahukan dia.
kau akhirnya tahu,
macam mana perasaan tu...

So why did I end up falling for you?
We can't go back to that time, or how we were...
(I've thought it through)

kau tinggalkan aku dalam keadaan ni,
aku tak mungkin dapat jatuh cinta lagi.
tak mungkin seperti dengan kau...


lelaki dan wanita di sisi-NYA...


Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki…kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah,
maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin…
maka dengan keistimewaan itu,
JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya…
supaya kelak masing2 lelaki dan wanita
dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA....

menjenguk blog sekejap.mencari tempat bercerita,biarpun tade tindak balas,mungkin lebey selesa bercerita di sini.hmmm..ntah dari mane nak mula ya..sering terfikir kenapa saja hati ini sering teraniaya sering di sakiti..atau adakah aku yang terlalu sensetif?mugkin ya dan mungkin tidak.biarlah..jawapannya hanya ada pada dia..

walaupun kau bukan yang pertama singgah dan mengusik hati,tapi aku tetap yakin hanya kau yang terakhir untuk terus mendiami di sudut hati ini..sayu dan pilu saja.ada saja yang tidak kena.semuanya salahkah?suda tidak teruja untuk meneruskan segalanya..namun jauh di sudut hati masih punya perasaan yang terlalu mendalam untuk nya.

aku memang da hilang kata2 untuk pertahankan diri sendiri..mungkin biarkannya terus begini,tapi bagaimana pula dengan hati ini?pedih dan teramat sakit jadinya nanti..patutkah membiarkannya terus berprasangka pada aku?ntah bagaimana caranya untuk yakinkan dia lagi,yang nyatanya aku suda hilang kekuatan..suda tak berdaya.sekarang hanya senyum tawar dan penuh pura2 yang terukir..

hidup dalam pura2 mungkin lebey baik dari berdepan dengan kenyataan..ya kenyataan yang aku sendiri tak sanggup untuk hadapi..untuk buat orang lain kembali yakin dengan cinta adalah benda yang paling aku suka buat...tapi bagi diri sendiri memang terlalu sukar dan sakit..

dari manakah akan muncul kekuatan itu..bila suda berkali rebah,terasa malas dan berat untuk bangkit kembali.bukan mengungkit atau membangkit,tapi kadangnya aku tertanya,pernahkah kau mempedulikan perasan aku?please syunk kuh...mind ur words...sungguh saya kecik hati dengan mulut berbisa awak...

in relationship kena ada trust...klu dia tak percayakan aku,bagaimana mao meneruskannya lagi...wut should i do?stay or leaving..hmmm..tak mampu nk berlakon lagi,tak tahu macam mane nak berdepan dengan semua ni..senyum yang manis mungkin suda bertukae kelat..

perlukah mengalah lagi?untuk kesalahan yang aku tak buat?terasa sial dan sia2 saja..damn!!

ingin sekali aku menanya,bahagiakah kau bila bersama aku,atau masih terbayang dia yang dulu?aku xpasti dan xyakin...siapa yang sedang berdrama sebenarnya?aku kah?atau kamu kah?yang nyatanya aku selalu sakit dengan setiap patah kata yang terungkap..bila semakin di matikan hati di pekakkan telinga,terasa seakan sakit,sakit yang tiada ubatnya...

haruskah saban malam tidur indah di temani air mata?cuba bayangkan sekali bagaimana agaknya kau bila di tempatku...sakit bukan?

suda kehabisan kata2..suda tak kuasa untuk memujuk hati...biarkan saja begini...

andai kau yang terbaik,biarlah Tuhan tetapkan hati ku untuk terus bersama...


Thursday, 23 June 2011

tade tajuk..saja meluah..

hmmmm..dengan keluhan berat aku ayunkan jari jemari mencari abjad2 di atas papan kekunci..ntah ape la perasaan aku saat ini..berat dan sakit.masih mencari kekuatan untuk meneruskan langkah..memaksa diri untuk tersenyum dengan senyuman yang hampir pudar berlatar belakangkan wajah yang kian malap...

owwhh....hmmmm..dengusan kasar lagi...ntah kali yang keberapa untuk hari ini..mungkin kah nasib menyebelahi ku atau tidak?..aku sendiri belum pasti akan itu..apa yang aku cari sebenarnya?mampukah tangan yang tak sampai ini menggapainya?
suda lama rasanya aku tak menulis...entah kemana pula hilangnya pen dan kertas itu?....tak mengapalah..
tertanya tanya pada diri sendiri,kenapa hati dan perasaan sering menjadi korban?di manakah puncanya?ataukah aku yang tak pandai menjaga hati?

hmmmm...kusut masai suda kotak mindaku...berperang dengan perasaan sendiri..sakit yang teramat sakit.tak endah kah dia pada semua ini?atau hanya membiarkannya saja..

sering aku tertanya tanya...bahagiakah dia bila bersama aku?setiap kali berdepan,yang terlihat hanya mata yang kuyu dan wajah yang tak bermaya..bagaimanakah perasaannya dia?dan apa pula yang aku rasa?
tak terduga..pandangan aku pada dia hanya lah dengan mata yang berkaca..sumpah aku tiada kekuatan untuk berdepan..

aku lebey rela melepaskan dari melihat kau menangis kerna mahukan dia...saat itu baru kau tahu betapa sakitnya aku..aku nak tanya best ke bila dapat buat orang yang sayang kita separuh mati menangis?hmmm..ntah la..aku hilang kata..

tangan yang kau pegang nanti tak akan menjadi tangan aku...

aku hanya mampu berdoa..agar kau di kurniakan dengan dada yang penuh cinta seperti taman yang penuh bunga...

aku tak akan menjanjikan apa apa..aku tak akan menjanjikan cinta yang hebat..hebat atau tidak...kau rasakan lah sendiri...

selagi aku mampu berdiri dengan kekuatan ini,aku akan terus di sini..

cinta yang kau berikan itu terlalu sukar untuk di tukar ganti..

Saturday, 18 June 2011

selamat hari bapa untuk abah

ABAH,semoga Tuhan memberkati hidupmu dengan keberkatan-NYA...terima kasih setinggi bintang kerna telah menjaga dan mendidikku sehigga kini tanpa mengenal penat lelah..terima kasih kerna sentiasa memberi kesenangan untuk kami adik beradik..segala yang di pinta tak pernah di kecewakan..malah kau sentiasa memenuhinya.
ABAH,entah bagaimana caranya untuk ku membalas semua jasa dan pengorbanan mu selama ini..tak dapat di nilaikan dengan wang ringgit,hanya doa anak2mu yang sentiasa mengiringi perjalanan hidupmu,semoga semuanya selamat untuk mu abah..

ABAH,halalkan semua titik keringatmu selama ini..semoga Tuhan mengiringi perjalanan hidupmu..dengan taman penuh bunga dan dada penuh cinta...

Wednesday, 15 June 2011

suatu masa

Suatu Masa

Bagaimanakan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku

Cahaya di matamu
Senyum di bibirmu
mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukah

Berhelai-helai surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua
Dan ku buangkan
Jauh dari pandangan

Lalu aku kesal
Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku

Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara
Kepadanya

Warna-warna cintaku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Entahkan kau rasakan
Apa yang aku rasa
Atau kau tak endah

Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suciku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tanganku
Lalu kau terima

Friday, 10 June 2011

picca enche hubby(lembu pemalas)

picca ni dari first we oll kenal since la sekarang ada suka ada duka.ada time giler ada time gado ada time gedik,sume time ada..syunk...no one can replace awak dalam hati saya,walaupun awak selalu wat sakit hati saya ngan perangai cool awak tuh...i heart u lah!!!


                                             
                                             
                                                                                               
                                    
                                                 
                                              
                                             
                                            
                                            
.

today i'll be in kuatan

yeay!!finally dapat jupe ma mom,ma abah and ma sutun..xsabar nak abis keje then tunggu driver fetch me at home hahaha..a lot of tengs to SAYA JUPPY.saya sangat teruja,nak balik KB tak boleh,a lot of foods from kb da order ngan ma mom,craving gila2 dah ni.maonya tak kembang semangkuk saya.everynight lepak kedai mamak ngan hubby,sorang2 double order,sekarang saya dah ada geng.dia kuat makan saya pun kuat makan..haha.sama2 menternak tubuh la.

oppss!!berbalik ke tajuk utama tadi(ceh cam buletin utama la plak)..semoga semuanya selamat hari ni..tomorrow on saturday we oll ngan family terdekat akan attend ma father's kazen wedding.hopenya meriah la kan..

sedang merancang mao pakai apa masa wedding tu nanti,tapi dalam kepala dah set nak pakai pink kaftan(biasa la saya kan cik pink)make up as usual la pow yang ma sis punya,coz saya xsuka makeup sangat pun.seperti tepong gomak jadinya.haha

ma mom da planning nak shopping nanti,hopenya dia takkan mengkrenkan kaki kite orang,selagi tak abis tawaf satu mall memang xsah..dulu pernah kena sound kat ma brother,"LAMBAT LAGI KE NAK ABIS DUIT,LENGUH KAKI DAH NEH"...hahaha gilak..

but momento yang paling indah adalah bila dapat spend time ngan family la..a such of beautiful thing lah..kesian plak enche hubby kena tinggal kat umah,tula keje hotel memang susah cuti,raya ni pun saya balik sorang2 jelah yer,tapi enche hubby dah sponsor flight ticket untuk balik kl after raya..heh2.!!

walaupun kejap jek dapat jupe dorang nanti tapi memadai lah..untuk lepas kan rindu jek..ma mom xkasik balik kb before umah xsiap decorate lagi..lucu saja.

oklah im counting now..lagi 5jam setengah kot..hahaha..

Popular Posts